05 November, 2008

Kertas Kerja LDP 1

B. KERTAS KERJA

Tajuk Kursus

PENGGUNAAN BLOG DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Rasional

Ramai guru masih kabur dan samar menggunakan kemudahan IT dalam pengaran dan pembelajaran mereka.
Penggunaan blog peribadi diharap dapat menyediakan Bahan Bantu Mengajar tanpa bergantung 100% kepada bahan luar.
Penggunaan Blog dalam pengajaran dan pembelajaran diharap dapat meningkat minat murid-murid berbanding dengan kaedah biasa.

Matlamat

Meningkat kesedaran dan memupuk minat guru dari segi penyampaian dan penggunaan bahan IT untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.

Objektif

Membina Blog bagi tujuan pendidikan.
Mendedahkan penggunaan IT dalam bidang pendidikan kepada guru.
Meningkat pengetahuan dan kemahiran guru dalam bidang IT bagi tujuan pendidikan.
Menarik minat murid-murid untuk mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran.

Sasaran Peserta

52 orang guru pelbagai mata pelajaran dari Sekolah Kebangsaan Beris Panchor sendiri.

Penceramah / Fasilitator

En. Muhamad Ropi b. Awang – SK Beris Panchor
En. Khaziman b Othman – SK Beris Panchor
En. Amiruddin b Mohamad – SK Beris Panchor
Cik Noorhasliana bt Mohd Zarowi – Juru Teknik Makmal Komputer SKBP.






Tempoh

Tarikh : 03 MEIl 2008
Hari : Sabtu
Masa : 8.30pagi hingga 4.30petang


Tempat

Makmal Komputer Tingkat Atas


Metodoligi

Ceramah
Bengkel
Sumbangsaran


Pengisian Kursus

8.30 – 8.45pagi : Pendaftaran
8.45 – 9.15pagi ; Mendaftar emel peribadi
9.15 – 10.45pagi : Membina Blog
10.45 – 11.00pagi : Minum Pagi
11.00 – 1.00 t/hari : Sambungan Membina Blog
2.30 – 4.30petang : - Pengisian Blog dengan bahan-bahan pendidikan
: - Membuat Rantaian (Link) dengan Blog


Peralatan dan Bahan Kursus

1 rim kertas A4
Komputer dan Laptop.

Anggaran Perbelanjaan

Makan dan Minum

52 orang peserta X RM12.00 X 1 hari = RM624.00

Jumlah = RM624.00

Penilaian Kursus

Hasil dan Fungsi Blog yang dibina.

0 Pandangan: