26 October, 2009

LDP Kali Ke Lima


LDP Kali ke Lima telah diadakan pada hari ini 24 Oktober 2009 setelah beberapa kali tertangguh. Tajuk LDP pada kali ini ialah Penyediaan Bahan Bantu Mengajar Berbantukan Internet yang telah disampaikan oleh Penyelaras Bestari SK Beris Panchor sendiri. Guru-guru diajar bagaimana cara mengambil bahan dari laman Youtube untuk dijadikan BBM. Terdapat banyak perisian yang boleh digunakan untuk menyunting video dari laman Youtube, cuma kali ini guru-guru didedahkan dengan program paling senang iaitu melalui laman pHp. Hasil daripada himpunan bahan ini akan dimuatkan kedalam CD bagi tujuan PnP. Rumusan daripada kursus ini, kebanyakan guru begitu berminat.

Kertas Kerja Kali Ke Lima

KERTAS KERJA KALI KE 5

1. Tajuk Kursus

BENGKEL PENYEDIAAN BAHAN BANTU MENGAJAR UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERTERASKAN ICT.

2. RasionalMengumpul dan memperbanyakkan bahan bantu mengajar yang sesuai dengan tahap murid di sekolah ini.

3. MatlamatMenyedia dan memperbanyakkan bahan bantu mengajar yang sesuai dengan penggunaan ICT selaras dengan matlamat pembestarian sekolah.4. Objektif-Guru dapat menyediakan sendiri bahan bantu mengajar yang difikir sesuai bagi murid mereka.-Meningkatkan pengetahuan guru mengenai kaedah penyediaan bahan berteraskan ICT.-Memotivasikan guru dengan bahan bantu mengajar yang lebih mesra dari segi penggunaan.


5. Sasaran Peserta

57 oran guru pelbagai mata pelajaran Sekolah Kebangsaan Beris Panchor.


6. FasilitatorEn. Muhamad Ropi b. Awang Penyelaras Bestari SK Beris Panchor

7. Fasilitator
i. Cik Noorhaziana bt Mohamad Sohami (Juru Teknik)
ii. Pn. Rohayu bt Sulaiman ( Fasilitator SchoolNet )



8. Tempoh

Tarikh : 03 Oktober 2009

Hari : Sabtu

Masa : 8.30pagi hingga 4.00petang


9. Tempat : -Makmal Komputer SK Beris Panchor

10. Metodoligi -Bengkel-Sumbangsaran

11. Tentatif Kursus 8.30 pagi – Pendaftaran
8.45 pagi – Penerangan Bengkel
9.00 pagi – Perbengkelan Mengikut Panitian Mata Pelajaran
10.30 pagi – Rehat
11.00 pagi – Sambungan Perbengkelan Mengikut Panitian Mata Pelajaran
1.30 tgh - Makan Tengahari
2.15 ptg - Sambungan Perbengkelan Mengikut Panitian Mata Pelajaran
4.00 ptg - Bersurai

12. Peralatan ,Bahan Kursus dan Sofeware -Fail dan alat tulis
-Komputer dan Laptop.
- CD Kosong
- Talian Internet
- Youtube Downloader dan Nero
13. Anggaran Perbelanjaan-Makan dan Minum-57 orang peserta X RM12.00 X 1 hari = RM684.00
14. Penilaian Kursus

- Laman Blog yang dibina
- CD muat turun bahan.

0 Pandangan: