17 May, 2009

LDP Kali Pertama


LDP Kali pertama telah diadakan pada hari Sabtu bersamaan 16 Mei 2009 bertempat di Makmal Komputer SKBP. Ceramah telah disampaikan oleh Yang Berusaa Tuan Guru Besar dan En Khaziman b. Othman. Majlis bermula pada pukul 8.00 pagi.

KERTAS KERJA LDP 1

1.0 TAJUK KURSUS

“PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT) DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN : SIRI 1 – MICROSOFT WORD”

2.0 RASIONAL

Dewasa ini penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) tidak boleh disangkal lagi dari segi kepentingannya dalam semua aktiviti kehidupan seharian termasuklah pendidikan. Amat perlu setiap kita memahirkan diri dalam penggunaannya ke tahap yang maksima demi kepentingan pendidikan agar terpacu ke tahap yang boleh dibanggakan.
Justeru, kursus ini dirangka agar setiap guru berpeluang untuk memahirkan diri dan dapat menggunakannya dengan berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

3.0 MATLAMAT

Meningkatkan kemahiran guru dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran.

4.0 OBJEKTIF

Di akhir kursus diharapkan semua peserta akan dapat :-

4.1 menggunakan MS Word dengan baik.
4.2 menggabungkan penggunaan MS Word dengan MS Power Point, Web Page serta lain-lain program yang sesuai.
4.3 menyediakan hasil bengkel yang baik untuk pengajaran dan pembelajaran mengikut panitia masing-masing.

5.0 SENARAI PESERTA

Rujuk Lampiran 1.

6.0 PENCERAMAH / FASILITATOR

6.1 Khaziman bin Othman @ Seman – SK Beris Panchor.
6.2 Zakuan bin Mohamed Salleh – SK Beris Panchor.
6.3 Maliki bin Muhammad
6.4 Noor Haziana bt Mohamad Sohami – SK Beris Panchor.

7.0 KUMPULAN SASARAN

58 orang guru pelbagai mata pelajaran dari SK Beris Panchor.

8.0 TEMPOH

Tarikh : 16 MEI 2009.
Hari : Sabtu.
Masa : 08.00 Pagi hingga 04.30 Petang.
9.0 TEMPAT

Makmal Komputer, SK Beris Panchor, Bachok, Kelantan.

10.0 METODOLOGI

10.1 CERAMAH DAN TUNJUKCARA
10.2 BENGKEL DAN PERBINCANGAN
10.3 SUMBANGSARAN

11.0 TENTATIF KURSUS

MASA PERKARA TINDAKAN
08.00 pagi Pendaftaran Peserta. AJK
08.30 pagi Pengenalan MS Word. Penceramah
09.30 pagi Perbezaan Versi dan Cara Pengendalian Fail. Penceramah
10.30 pagi Minum Pagi Pengusaha Kantin
11.00 pagi Hubungan dan Kaitan dengan MS Excel dan HTML serta blog. Penceramah
01.00 tengah hari Makan Tengah Hari dan Rehat
02.30 petang Bengkel Membina Bahan mengikut Panitia.
1. Bahasa Melayu.
2. Bahasa Inggeris.
3. Sains.
4. Matematik.
5. Pengetahuan Agama Islam. Fasilitator dan Pengerusi Panitia.
03.30 petang Pembentangan Kumpulan. Pengerusi Panitia
04.30 petang Bersurai.

12.0 PERALATAN DAN BAHAN KURSUS

12.1 Komputer.
12.2 Laptop.
12.3 Contoh-contoh bahan yang dibuat dengan MS Word.
12.4 LCD Projektor.
12.5 Alat Tulis.

13.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Makan dan Minum.
58 Orang peserta X RM12.00 X 1 hari = RM696.00

14.0 PENILAIAN KURSUS

14.1 Hasil daripada perbengkelan.
14.2 Pemerhatian.