20 June, 2009

LDP Kali Ke 2 2009



SILA KLIK pada gambar untuk paparan lebih besar.

LDP kali ke dua telah dia adakan pada 20 JUN 2009. Tajuk LDP pada kali ini ialah
penggunaan EDUWEB TV dalam pengajaran & pembelajaran dan Penyelenggaraan Peralatan / Perisian Komputer. Namun begitu hanya Eduweb TV sahaja dapat dijalankan pada hari ini kerana masa yang diambil oleh peserta untuk memahami Eduweb TV agak lama. Kebanyakan guru terpaksa mendaftar emel semula. Langkah mendaftar emel juga mengambil masa yang agak panjang kerana masalah talian internet.

Ceramah disampaikan oleh Cikgu Muhamad Ropi dan dibantu oleh Cikgu Abu Hasan serta Cik Noorhaziana.




KERTAS KERJA (2)

1. Tajuk Kursus

1.1 PENGGUNAAN EDU WEB TV (INTERNET) DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
1.2 PENYELENGGARAAN PERALATAN DAN PERISIAN ICT (ASAS)


2. Rasional

-Ramai guru masih kabur dan samar menggunakan kemudahan IT dalam pengajaran dan pembelajaran mereka.

-Guru masih ragu-ragu untuk menyelenggara peralatan ICT pada peringkat asas kerana tiada pengetahuan.

-Penggunaan Eduweb TV diharap dapat menyediakan Bahan Bantu Mengajar berbentuk audio visual bai menarik minat murid-murid.

-Penggunaan Eduweb TV dapat mempelbagaikan bahan Bantu mengajar bagi menggantikan Siaran TV pendidikan.


3. Matlamat

-Meningkat kesedaran dan memupuk minat guru dari segi penyampaian dan penggunaan bahan IT untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.

-Memberi pengetahuan kepada guru untuk menyelenggara sendiri peralatan komputer dan juga peralatan PPSMI yang digunakan .

4. Objektif

-Menggunakan Eduweb TV sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran.

-Mendedahkan penggunaan IT dalam bidang pendidikan kepada guru.

-Meningkat pengetahuan dan kemahiran guru dalam bidang IT bagi tujuan pendidikan.

-Menarik minat murid-murid untuk mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran.

5. Sasaran Peserta

57 oran guru pelbagai mata pelajaran Sekolah Kebangsaan Beris Panchor.


6. Penceramah / Fasilitator

En. Muhamad Ropi b. Awang
Penyelaras Bestari
SK Beris Kubor Besar

7. Fasilitator

i. En. Abu Hasan b.Yusof (Guru Data Peperiksaan)
ii. En. Khaziman b. Othman (Guru Data SK Beris Panchor)
iii. En. Maliki b. Mohamad (Penyelaras Makmal Komputer)
v. Cik. Noorhaziana bt. Mohd Sohami (Juruteknik)

8. Tempoh

Tarikh : 20 Jun 2009
Hari : Sabtu
Masa : 8.30pagi hingga 4.30petang


9. Tempat :

-Makmal Komputer SK Beris Panchor

10. Metodoligi

-Ceramah
-Bengkel
-Sumbangsaran

11. Tentatif Kursus

Masa Aktiviti Tindakan
8.30 pagi Pendaftaran Peserta Cik Noorhazliana
8.45 pagi Pengenalan Edu Web TV Pengacaraca Majlis
9.15 pagi
Taklimat Pendaftaran Edu Web TV
& E-Mail -Penceramah En. Muhamad Ropi b Awang
10.30 Kudapan
11.00 Bengkel
1.00 petang Makan tengahari
2.30 Bengkel Penyelenggaraan Peralatan dan Perisian ICT En. Muhamad Ropi
4.30 petang Minum petang
Berserai

12. Peralatan dan Bahan Kursus

-Fail dan alat tulis
-Komputer dan Laptop.

13. Anggaran Perbelanjaan

-Makan dan Minum

-57 orang peserta X RM12.00 X 1 hari = RM684.00


14. Penilaian Kursus

i. Dapat mengadakan playlist Eduweb TV
ii. Dapat memaparkan rangkaian web TV
iii. Dapat muat turun antivirus
iv. Dapat melakukan ‘defragmenter’
v. Dapat ‘Clean Disk’