06 November, 2008

Kertas Kerja LDP 4

KERTAS KERJA

1. Tajuk Kursus

Penggunaan Internet Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

2. Rasional

Masih ramai golongan guru tidak begitu jelas tentang penggunaan internet dalam pengajaran dan pembelajaran mereka. Begitu juga kaedah mencari bahan dan penggunaan bahan yang diperolehi dari laman-laman web. Mereka juga masih janggal untuk menggunakan internet sebagai salah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

3. Matlamat

Memberi pendedahan dari segi penggunaan internet dan cara mendapatkan bahan untuk pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik.

4. Objektif

* Membimbing guru menggunakan internet dengan berkesan.
* Guru dapat mencari bahan yang sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran.
* Guru dapat mengolah teknik pengajaran yang lebih menarik dengan bantuan kemudahan internet.
* Guru dapat mengenalpasti laman capaian yang ada kaitan dengan pendidikan.


5. Sasaran Peserta

52 orang guru pelbagai mata pelajaran dari Sekolah Kebangsaan Beris Panchor sendiri.

6. Penceramah / Fasilitator

Muhamad Ropi b Awang
Penyelaras Bestari SK Beris Panchor.

7. Fasilitator

En. Khaziman b Othman
En. Zakuan b Salleh
En. Aminuddin b Mohamad
Cik Noorhaziana bt Mohammad Sohami – Juruteknik Makmal ICT





8. Tempoh

Tarikh : 18 Oktober 2008
Hari : Sabtu
Masa : 8.00pagi hingga 3.30petang




9. Tempat

Makmal Komputer Tingkat Atas


10. Metodoligi

Ceramah
Akses Bahan



11. Pengisian Kursus

8.00 – 8.30pagi : Pendaftaran
8.30 – 10.45 : Cara Menggunakan:
- Zoom_A
- Kegunaan Portal Pendidikan
- Mengajar dengan Menggunakan laman web penterjemahan
a. CitCat.com
b. Jawi .net
10.45 – 11.00pagi : Minum Pagi
11.00 – 1.00 t/hari : Cara mengolah bahan dari internet sebagai bahan bantu mengajar.
a. Menyunting
b. Menyimpan bahan
2.30 – 3.30petang : Sambungan dan Sumbangsaran
3.30petang : Bersurai


12. Peralatan dan Bahan Kursus

2 rim kertas A4
Komputer dan Laptop.
Pen Drive




13. Anggaran Perbelanjaan

Makan dan Minum

52 orang peserta X RM12.00 X 1 hari = RM624.00

Jumlah = RM624.00

Ke Laman Utama

0 Pandangan: