10 April, 2009

Kamus Guru Dan Pelajar

Kamus segalanya dalam satu

Ketika ini terdapat pelbagai jenis kamus elektronik yang dijual di pasaran dengan tawaran bermacam-macam fungsi dan aplikasi.

Antara yang semakin mendapat perhatian adalah kamus elektronik oleh syarikat Apple Tree menerusi tawaran lebih daripada sepuluh modelnya.

Salah satu model yang menarik perhatian adalah AT-98 yang mempunyai reka bentuk nipis dan sangat ringan.

Menawarkan terjemahan untuk tiga bahasa iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan juga Bahasa Cina, ia menyasarkan penggunaan di kalangan pelajar sekolah, universiti dan juga tenaga pengajar seperti guru dan pensyarah.

Untuk Bahasa Malaysia, ia menggunakan kandungan Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) edisi keempat, manakala Bahasa Inggeris pula berdasarkan Kamus English Longman.

Kandungan serta perisian kamus itu juga boleh dikemaskini menerusi muat turun dari laman web secara percuma dalam tempoh dua kali setahun.

Selain bahasa, kamus itu turut menawarkan terjemahan maksud untuk simpulan bahasa dan juga peribahasa, terjemahan ayat penuh serta terminologi teknikal yang berkaitan dengan bidang sains, perubatan dan perniagaan.

Apa yang menarik, pengguna boleh menekan butang khas untuk mendengar dan mengetahui cara yang betul menyebut sesuatu perkataan.

Bagi menambah penguasaan bahasa pula, pengguna juga ditawarkan dengan pembelajaran tatabahasa dan kosa kata selain mencuba beberapa latihan yang disediakan untuk menguji kebolehan mereka.

Kamus elektronik AT-98 didatangkan dengan paparan skrin sentuh yang membolehkan pengguna menulis terus ke atas skrin dan mempuyai storan memori binaan dalam sehingga 4 gigabait (GB).

Aplikasi lain yang ditawarkan adalah seperti permainan, MP3 dan MP4, video multimedia, e-book, kalkulator biasa dan saintifik, direktori nombor telefon, kalendar dan juga perakam suara.

Maklumat lanjut boleh diperoleh di laman web www.appletree.com.my.
petikan dari Utusan Malaysia

19 November, 2008

KURSUS PENYELARAS LDP PPD BACHOK

Kuala Terengganu - Bermula 17 November hingga 19 November 2008, Kursus Peningkatan Profesional kepada semua Penyelaras LDP telah diadakan bertempat di Hotel YT MidTown, Kuala Terengganu. Seramai 47 orang peserta telah mengikuti kursus kali ini.


Ke Laman Utama

06 November, 2008

Kertas Kerja LDP 4

KERTAS KERJA

1. Tajuk Kursus

Penggunaan Internet Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

2. Rasional

Masih ramai golongan guru tidak begitu jelas tentang penggunaan internet dalam pengajaran dan pembelajaran mereka. Begitu juga kaedah mencari bahan dan penggunaan bahan yang diperolehi dari laman-laman web. Mereka juga masih janggal untuk menggunakan internet sebagai salah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

3. Matlamat

Memberi pendedahan dari segi penggunaan internet dan cara mendapatkan bahan untuk pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik.

4. Objektif

* Membimbing guru menggunakan internet dengan berkesan.
* Guru dapat mencari bahan yang sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran.
* Guru dapat mengolah teknik pengajaran yang lebih menarik dengan bantuan kemudahan internet.
* Guru dapat mengenalpasti laman capaian yang ada kaitan dengan pendidikan.


5. Sasaran Peserta

52 orang guru pelbagai mata pelajaran dari Sekolah Kebangsaan Beris Panchor sendiri.

6. Penceramah / Fasilitator

Muhamad Ropi b Awang
Penyelaras Bestari SK Beris Panchor.

7. Fasilitator

En. Khaziman b Othman
En. Zakuan b Salleh
En. Aminuddin b Mohamad
Cik Noorhaziana bt Mohammad Sohami – Juruteknik Makmal ICT





8. Tempoh

Tarikh : 18 Oktober 2008
Hari : Sabtu
Masa : 8.00pagi hingga 3.30petang




9. Tempat

Makmal Komputer Tingkat Atas


10. Metodoligi

Ceramah
Akses Bahan



11. Pengisian Kursus

8.00 – 8.30pagi : Pendaftaran
8.30 – 10.45 : Cara Menggunakan:
- Zoom_A
- Kegunaan Portal Pendidikan
- Mengajar dengan Menggunakan laman web penterjemahan
a. CitCat.com
b. Jawi .net
10.45 – 11.00pagi : Minum Pagi
11.00 – 1.00 t/hari : Cara mengolah bahan dari internet sebagai bahan bantu mengajar.
a. Menyunting
b. Menyimpan bahan
2.30 – 3.30petang : Sambungan dan Sumbangsaran
3.30petang : Bersurai


12. Peralatan dan Bahan Kursus

2 rim kertas A4
Komputer dan Laptop.
Pen Drive




13. Anggaran Perbelanjaan

Makan dan Minum

52 orang peserta X RM12.00 X 1 hari = RM624.00

Jumlah = RM624.00

Ke Laman Utama

Kertas Kerja LDP 3

KERTAS KERJA

1. Tajuk Kursus

Headcounts dan Pengurusan Panitia

2. Rasional

Masih terdapat kelemahan dan kekurangan dalam pengurusan panitia dan ‘headcount’ dikebanyakan sekolah. Salah satu puncanya ialah guru yang diamanahkan untuk menerajui sesuatu panitia tidak mendapat latihan dan pendedahan yang secukupnya.

3. Matlamat

Dengan adanya kursus dan pendedahan ini diharapkan pengurusan panitia dan ‘headcounts’ di sekolah lebih sistematik dan berkesan.

4. Objektif

* Membimbing guru membuat ‘headcounts’ dengan lebih cekap.
* Guru dapat memahami dan menguasai pengurusan panitia dengan cekap dan berkesan.
* Dapat menyediakan pelapis kepada panitia jika berlaku sesuatu pertukaran .



5. Sasaran Peserta

52 orang guru pelbagai mata pelajaran dari Sekolah Kebangsaan Beris Panchor sendiri.

6. Penceramah / Fasilitator


Tn. Hj. Nordin b. Ibrahim
Penyelia Kanan Bahasa JPN.



7. Tempoh

Tarikh : 30 Ogos 2008
Hari : Sabtu
Masa : 8.00pagi hingga 3.30petang




8. Tempat

Makmal Komputer Tingkat Atas


9. Metodoligi

Ceramah
Bengkel



10. Pengisian Kursus

8.00 – 8.30pagi : Pendaftaran
8.30 – 10.45 : Pengurusan Panitia
10.45 – 11.00pagi : Minum Pagi
11.00 – 1.00 t/hari : Headcount
2.30 – 3.30petang : Sumbangsaran
3.30petang : Bersurai


11. Peralatan dan Bahan Kursus

1 rim kertas A4
Komputer dan Laptop.

12. Anggaran Perbelanjaan

Makan dan Minum

52 orang peserta X RM12.00 X 1 hari = RM624.00

Jumlah = RM624.00

Ke Laman Utama